Berterbangan bebas

Berterbangan bebas

Wednesday, November 18, 2015

RUKUN IMAN DAN PENJELASANNYA



RUKUN IMAN ADA ENAM PERKARA :
1 ) BERIMAN KEPADA ALLAH SWT
Beriman kepada Allah s.w.t merupakan Rukun Iman yang pertama, yang menjadi dasar keimanan seseorang itu. Beriman kepada Allah s.w.t beerti wajib mempercayai Allah s.w.t itu ada, Ia Maha Berkuasa, Maha Mencipat dan Maha Mengetahui segala apa yang ada di langit, di udara, di muka bumi dan juga di lautan. Dia adalah Maha Esa, yakni tunggal dan tidak menyerupai dan tidak diserupai oleh sesuatu.



Seperti firman-Nya yang bermaksud :
"Katakanlah wahai Muhammad, bahawa Allah itu satu. Allah tempat segala makhluk bergantung. Allah tidak beranak dan tidak pula diperanakkan. Dan tidak sesiapapun yang setara atau seumpama dengan Allah."
(Surah al-Ikhlas 1 - 4)
2) BERIMAN KEPADA MALAIKAT
Beriman kepada malaikat beerti wajib bagi setiap orang Islam mengetahui bahawa malaikat adalah makhluk yang Allah s.w.t jadikan daripada cahaya dan boleh berupa berbagai bentuk, tidak bersifat seperti sifat manusia. Malaikat juga menjalankan perintah Allah s.w.t dengan taat dan patuh. Jumlah malaikat adalah terlalu banyak dan kita sebagai umat Islam wajib mengetahui 10 daripadanya.

3) BERIMAN KEPADA RASUL
Beriman kepada Rasul dan Nabi merupakan rukun Iman yang ketiga. Bagi orang Islam wajiblah yakin dan percaya bahawa Allah s.w.t telah mengutuskan para Rasul dan Nabi kepada manusia di dunia ini bagi menunjukkan jalan ke arah kebenaran dan kebahagian di dunia dan di akhirat. Jumlah Nabi dan Rasul yang wajib diketahui adalah seramai 25 orang.

4) BERIMAN KEPADA KITAB
Beriman kepada kitab Allah bererti kita wajib beriktikad dan yakin dengan sebenar-benarnya bahawa sesungguhnya Allah s.w.t mempunya beberapa kitab suci yang merupakan firman Allah s.w.t yang hakiki. Diturunkan melalui wahyu yang disampaikan melalui perantaraan malaikat Jibril a.s. Sejak Zaman Nabi Adam a.s sehinnga kepada Nabi Muhammad s.a.w, jumlah kitab suci yang diturunkan adalah sebanyak 104 iaitu 100 buah suhuf dan 4 buah kitab suci.

5) BERIMAN KEPADA HARI AKHIRAT
Percaya kepada hari akhirat ialah kita wajib beriktikad dan meyakini bahawa akan adanya hari akhirat atau hari kiamat (pembalasan) di mana pada hari itu semua manusia akan dibangunkan kembali di padang Mahsyar untuk menerima hukuman berdasarkan segala amal perbuatan mereka semasa mereka hidup di muka bumi Allah s.w.t ini.

6) BERIMAN KEPADA QADA DAN QADAR
Beriman kepada qada dan qadar disebut juga sebagai percaya kepada takdir. Iaitu seseorang itu mesti yakin dan percaya bahawa segala yang berlaku dalam alam ini semuanya ketentuan dan ketetapan Allah s.w.t.
Erti Qadar :
Ketentuan yang mesti berlaku atas tiap-tiap makhluk, sesuai dengan batas-batas yang telah ditentukan oleh Allah s.w.t sejak azali lagi sama ada yang baik atau buruk.
Qadar ada dua jenis iaitu :
  1. Berupa aturan atau perjalanan alam ini.
  2. Berupa untung nasib yang menimpa manusia dan makhluk lain.
Erti Qada :
Ialah pelaksanaan Allah s.w.t terhadap apa yang telah ditetapkan sejak azali lagi.

6 comments: